Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua murid 4 Al-Ghazali dan 4 Al-Farabi SMK Alam Damai sesi 2020.
Dalam situasi sekarang, negara kita sedang mengalami fenomena yang amat mencemaskan iaitu wabak Covid-19. Rakyat Malaysia terpaksa berdepan dengan perintah kawalan pergerakan atau 'lockdown'. Demi keselamatan diri dan keluarga tersayang, cikgu amat berharap anda semua akan terus tinggal di dalam rumah bagi mengelakkan jangkitan dan memutuskan talian jangkitan penyakit berbahaya yang masih tiada penawarnya ini.
Meskipun sekolah dicutikan, pembelajaran mesti diteruskan. Jadi melalui blog ini diharap anda semua dapat meneruskan PDPc seperti biasa dengan menggunakan teknologi komunikasi terkini. Cikgu akan menyediakan kemudahan pembelajaran subjek Bahasa Melayu Tingkatan 4 dengan menggunakan Google Classroom dan media lain. Anda dikehendaki menyediakan nota, menonton video dan menjawab soalan yang disediakan. Jawapan yang dihantar akan disemak dan diberi markah.
Cikgu berharap agar semua murid dapat meluangkan masa untuk menyertai pdpc ini mengikut masa jadual waktu sebenar di sekolah. Mudah-mudahan apa yang kita lakukan ini dapat membantu kita dan proses pembelajaran tidak terhenti walaupun anda semua terpaksa berada di dalam rumah dalam tempoh yang agak lama.
Sekian.
Cikgu Nazri.