Tuesday, May 5, 2020

PELAJARAN 10 - SAJAK AKU MEMBACA LAGI


BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
TAJUK : KOMPONEN SASTERA
SUB-TAJUK : SAJAK – AKU MEMBACA LAGI
TINGKATAN : 4 AL-GHAZALI / 4 AL- FARABI
TARIKH : 20 APRIL 2020
MASA : 8.00 – 10.00 PAGI

ARAHAN:
Baca nota yang diberi dan buat catatan dalam test pad.
Simpan catatan dalam Fail Bahasa Melayu masing-masing.


SAJAK: AKU MEMBACA LAGI (Razali Mohd. Yussof)

A. Maksud Rangkap
Rangkap 1 Penyajak memandang ke langit. Penyajak berasa kerdil apabila melihat kebesaran Ilahi yang mencipta pelbagai fenomena alam.
Rangkap 2 Penyajak menelusuri alam yang terbentang dan menyaksikan gambaran berbagai-bagai fauna dan kejadian alam yang dicipta Ilahi untuk melengkapi hidup manusia.
Rangkap 3 Penyajak kembali memandang dan memahami langit. Penyajak mendapati masalah penggunaan bahasa Melayu banyak berlaku yang akhirnya semakin meruncing. Masalah penggunaan bahasa Melayu itu kini makin bertambah satu per satu.
Rangkap 4 Penyajak masih memahami kandungan di langit dan telah menyaksikan bulan dan bintang menangis kerana bersedih akan nasib bahasa Melayu yang dipinggirkan oleh bangsa peribumi sendiri.
Rangkap 5 Penyajak kembali mendongak ke langit. Kali ini, penyajak turut menyaksikan langit menangisi nasib bahasa Melayu yang kian tenat dan semakin dilupakan oleh anak bangsa.
Tema Sajak ini bertemakan nasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa.

B. Persoalan
(a) Bahasa sebagai maruah bangsa.
(b) Peranan bangsa untuk mendaulatkan bahasa.
(c) Jati diri anak bangsa yang kian terancam.
(d) Kesyukuran terhadap kebesaran Tuhan.

C. Bentuk Sajak
(a) Berbentuk bebas atau tidak terikat.
(b) Terdiri daripada lima rangkap.
(c) Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama (lima 4 baris), rangkap kedua (empat baris), rangkap ketiga (tujuh baris), rangkap keempat (empat baris), rangkap kelima (empat baris).
(d) Bilangan katanya antara satu hingga enam patah perkataan.
(e) Terdiri daripada empat hingga dua belas suku kata.
(f) Rima akhir sajak ini bebas/tidak terikat; abcde, abcd, abcdedf, abcd, abcd.

D. Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Perlambangan. Contohnya, langit, pohon-pohon kayan, daun dan ranting, daun-daun.
(b) Pemilihan kata atau diksi yang indah (puitis). Contohnya, desiran ombak dan wajah pelangi.
(c) Repetisi. Contoh: helai demi helai (rangkap 3, baris 6).
(d) Metafora. Contoh: wajah pelangi, lantai tanah airku.
(e) Personifikasi. Contoh: dahan dan ranting terkulai.
(f) Inversi. Contoh: menitis air mata langit.
(g) Asonansi. (perulangan vokal u). Contohnya, kicauan burung.
(h) Aliterasi. (perulangan konsonan b). Contohnya, bulan dan bintang menangis. Nada Sajak ini bernada melankolik.

E. Nilai
(a) Tanggungjawab.
 (d) Patriotik.
(b) Keberanian.
(e) Kegigihan.
(c) Kesyukuran.

F. Pengajaran
(a) Sebagai anak bangsa, kita hendaklah memikul tanggungjawab untuk mengangkat martabat bahasa Melayu yang semakin dilupakan.
 (b) Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai cabaran untuk mempertahankan maruah bahasa Melayu daripada tercemar.
(c) Kita perlulah bersyukur kepada Tuhan terhadap ciptaan pelbagai kejadian alam yang melengkapi kehidupan manusia.
(d) Sebagai anak bangsa, kita perlulah menanamkan sifat jati diri yang kuat dalam diri masing-masing agar dapat menangkis segala bentuk ancaman yang berunsur negatif.



SELAMAT BELAJAR
#stayathome

No comments:

Post a Comment