BAHASA
MELAYU TINGKATAN EMPAT
PELAJARAN
13
TAJUK :
CERPEN MUNSYI
TINGKATAN:
4 AL-FARABI/ 4 AL-GHAZALI
TARIKH:
4 MEI 2020
MASA:
8.00 – 10.00 PAGI
______________________________________________________________________
ARAHAN:
1.
Baca dan fahami nota cerpen yang diberi.
2.
Catat nota dalam test pad.
3.
Simpan catatan nota dalam fail Bahasa Melayu.
CERPEN
: MUNSYI (Husna Nazri)
A. Sinopsis
Mel ingin bekerja dan menetap di ibu kota.
Namun demikian, hasratnya itu dibantah oleh bondanya. Bonda memberikan alasan
bahawa Mel masih belum menguasai ilmu agama dan masih kurang mahir dari segi
penguasaan bahasa ibunda. Bonda juga sedar bahawa anaknya masih belum
dilengkapi ilmu pengetahuan yang secukupnya. Bonda Mel telah menceritakan
berbagai-bagai kisah yang berkaitan dengan kehilangan nilai tradisi nenek
moyang oleh anak-anak muda di ibu kota yang mudah tergadai maruah diri atas
nama kemajuan. Menurut bonda Mel lagi, warga kota yang berbilang kaum
mengamalkan sikap prejudis dan berprasangka serta mengutamakan kepentingan diri
masing-masing. Pada suatu ketika dahulu, kota pernah mencatatkan sejarah hitam
akibat sentimen perkauman yang berpunca daripada pihak penjajah yang berjaya
menanamkan benih-benih persengketaan. Mel bertekad untuk melengkapkan dirinya
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman dahulu sebelum benar-benar bersedia
untuk berhijrah ke ibu kota. Akhirnya, bonda Mel merestui pemergiannya setelah
meyakini 11 kemampuan anaknya itu untuk hidup berdikari di ibu kota. Bonda Mel
turut mengirim kitab-kitab lama bertulisan jawi untuk dihadiahkan kepada
sahabat lamanya yang bernama Munsyi. Pada minggu-minggu pertama Mel berada di
ibu kota, dia berasa sedih dan malu apabila melihat anak-anak muda yang
sebangsa dengannya telah hilang maruah diri dengan mengamalkan pergaulan bebas
dan menggunakan bahasa rojak. Bagi Mel, mereka telah kehilangan identiti dan
jati diri. Mel kemudiannya mendapat khabar tentang projek pembinaan bangunan
mewah dan hotel bertaraf lima bintang di atas tanah rizab Melayu di pinggir
kota. Semua keluarga yang tinggal di tanah rizab tersebut diarahkan berpindah
termasuklah Munsyi. Seminggu selepas Mel diberitakan kisah tentang projek
pembinaan bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang di atas tanah rizab
Melayu di pinggir kota bakal dilaksanakan, Mel tergamam apabila melihat rumah
Munsyi bersama-sama dengan puluhan buku lama yang diberikan oleh bondanya
hancur diranapkan oleh jentera berat. Kesedihannya semakin bertambah apabila
mengenangkan satu-satunya tanah rizab bangsa di pinggir kota itu akan dimiliki
oleh saudagar asing yang akan mengaut keuntungan kelak. Mel tidak dapat menemui
Munsyi. Mel berusaha untuk menjejaki Munsyi tetapi gagal. Orang tua yang
merupakan pejuang bahasa itu telah menghilangkan diri.
B. Tema
Tema
cerpen ini ialah semangat cinta akan agama, bangsa, bahasa, dan budaya.
C. Persoalan
(a)
Kepentingan pengamalan semangat patriotisme dan jati diri dalam jiwa anak-anak
muda.
(b)
Pengekalan anutan agama, bahasa, dan budaya tradisi yang diwarisi sejak
zaman-berzaman.
(c)
Keseronokan dunia yang mempengaruhi tingkah laku anak-anak muda di ibu kota.
(d)
Kekuatan pegangan agama sebagai benteng pencegahan anasir luar.
(e)
Kehidupan warga kota yang penuh dengan pelbagai cabaran.
(f)
Kepentingan mempelajari dan menghayati sejarah.
(g)
Kegigihan semasa melakukan sesuatu perkara.
(h) Kesan penjajahan kepada penduduk peribumi.
D. Watak
dan Perwatakan
(a)
Watak utama – Mel
(b)
Watak sampingan – Bonda dan Munsyi
1. Mel
(a)
Anak lelaki kepada bonda.
(b)
Patuh akan nasihat dan pesanan bondanya.
(c)
Rasional semasa membuat keputusan.
(d) Mempunyai jati diri yang teguh.
(e)
Mempunyai semangat patrotik yang tinggi.
(f)
Amat menghormati orang tua.
(g)
Sangat menyayangi ibunya.
(h)
Pandai hidup berdikari.
(i)
Gigih semasa melakukan sesuatu perkara.
(j)
Bersikap amanah dan jujur.
(k)
Bijak merancang masa depan.
(l)
Rajin menimba ilmu.
(m)
Berjiwa sensitif dan mudah menaruh perasaan belas terhadap nasib orang lain.
(n)
Berani semasa membuat keputusan.
2. Bonda
(a)
Ibu kepada Mel.
(b) Penyayang dan banyak memberikan kata-kata
nasihat dan pesanan kepada Mel.
(c)
Berjiwa patriotik.
(d)
Berilmu dan berpengetahuan luas.
(e)
Amanah.
(f)
Berpendirian tegas.
(g)
Baik hati.
(h)
Berani semasa melakukan tindakan.
3. Munsyi
(a)
Sahabat baik kepada bonda dan tinggal di ibu kota.
(b)
Berusia emas dan mempunyai janggut yang menutupi sebahagian mukanya yang putih
bersih.
(c)
Pejuang bahasa.
(d)
Memiliki ilmu bahasa yang tinggi.
(e)
Berhemah tinggi.
(f)
Mengagungkan seni dan budaya tradisi bangsa.
(g)
Mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
E. Latar
1. Latar
Tempat
(a)
Rumah Mel.
(b)
Rumah Munsyi.
(c) Kampung Mel, iaitu Mel dan Bondanya
menetap di situ.
(d)
Sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu.
(e) Ibu kota.
2. Latar
Masa
a)
Bulan Mei.
(b)
Beberapa purnama.
(c)
Pada suatu hari.
(d)
Minggu pertama berada di kota.
(e)
Seminggu selepas itu.
(f) Lebih kurang lima ratus tahun yang lampau.
(g)
Seminggu selepas proses merobohkan rumah-rumah di kampung tradisi.
3. Latar
Masyarakat
(a)
Masyarakat yang amat mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam
turun-temurun.
(b)
Masyarakat yang amat mempertahankan maruah dan harga diri.
(c)
Masyarakat yang berpendirian tegas semasa membuat keputusan.
(d)
Masyarakat yang bijak merancang masa depan.
(e)
Masyarakat kota yang hilang maruah dan jati diri.
(f)
Masyarakat yang amanah dan jujur untuk menyempurnakan hajat seseorang.
(g)
Masyarakat yang menjadi mangsa pembangunan.
(h)
Masyarakat penjajah yang mengamalkan gaya pemerintahan ‘pecah dan perintah’.
F. Gaya
Bahasa
(a)
Penggunaan ayat pendek, ayat sederhana panjang, dan ayat panjang.
(b)
Metafora. Contohnya, Hasrat untuk menjengah wajah kota yang pesat, penjajah
menabur bara sengketa, dan hanya ingin menghidupkan roh patriotisme.
(c)
Peribahasa. Contohnya, baru setahun jagung, besar hati.
(d) Personifikasi. Contohnya, pesan mulus yang
lama terpahat di pangkal hati dan pesan itu menyuburi hati dan perasaan saya.
G. Nilai
(a)
Patriotisme. Contohnya, bonda berusaha untuk menanamkan semangat patriotik
dalam diri Mel dengan harapan Mel akan menjadi seorang pejuang yang berani
mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa sendiri kelak.
(b)
Tanggungjawab. Contohnya, bonda menjaga khazanah nenek moyangnya yang berupa
kitab-kitab lama bertulisan jawi yang tidak ternilai harganya dengan begitu
cermat.
(c)
Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Mel amat menghormati Munsyi sebagai
seorang pejuang bahasa.
(d)
Kasih sayang. Contohnya, bonda berpesan dan menasihati Mel agar sentiasa menjaga
agama dan bahasa ibundanya sewaktu dia berada di ibu kota.
(e)
Berdikari. Contohnya, Mel berhijrah seorang diri ke ibu kota untuk mencari
kerja yang dapat menjamin kehidupan yang lebih sempurna untuk masa depannya.
(f)
Kegigihan. Contohnya, Mel berusaha untuk menjejaki rumah Munsyi sehingga
berjaya berpandukan peta yang dibekalkan oleh bondanya.
(g)
Ketaatan. Contohnya, Mel patuh akan arahan bondanya agar menangguhkan
pemergiannya ke ibu kota atas faktor ilmu dan pengalamannya yang masih cetek.
(h)
Amanah. Contohnya, Mel menyerahkan naskhah-naskhah kitab lama milik bondanya
kepada Munsyi yang menetap di perkampungan tradisi di ibu kota.
I. Pengajaran
(a)
Kita perlulah mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun
dengan sepenuh hati.
(b)
Kita hendaklah mempertahankan maruah dan jati diri.
(c)
Kita perlulah mengikut nasihat orang tua-tua yang lebih berpengalaman.
(d)
Kita hendaklah bijak merancang masa depan.
(e)
Kita mestilah mengamalkan sikap amanah dan jujur semasa menyempurnakan hajat
seseorang.
(f) Kita mestilah berpendirian tegas untuk
membuat keputusan.
(g)
Kita perlulah memahami dan menghayati sejarah tanah air kerana sejarah
merupakan fakta kebenaran, bukannya suatu pembohongan.
(h)
Kita tidak sewajarnya menggadai maruah dan harga diri untuk mengejar keduniaan.
SELAMAT BELAJAR.
#stayathome
No comments:
Post a Comment