BAHASA MELAYU PELAJARAN 18
TAJUK : TEMA DAN PERSOALAN NOVEL LEFTENAN
ADNAN
TINGKATAN :
4AL-GHAZALI / 4 AL-FARABI
TARIKH : 18 MEI 2020
HARI : ISNIN
MASA :
8.00 – 10.00 PAGI
ARAHAN:
1. Sila tonton video yang disediakan di bawah.
VIDEO 1 : TEMA NOVEL LEFTENAN ADNAN
2. Baca nota yang diberi kemudian jawab soalan yang disediakan di bawah.
TAJUK : TEMA NOVEL
LEFTENAN ADNAN
Tema novel Leftenan Adnan ialah semangat
kepahlawanan dan keberanian askar Melayu
dalam mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh orang asing.
Contohnya:
i. dibuktikan Leftenan
Adnan, atau nama sebenarnya Adnan bin Saidi sanggup berjuang bermati-matian
hingga titisan darah terakhir demi mempertahankan bumi tercinta daripada
ditakluki oleh tentera Jepun.
ii. ketika tentera Jepun melancarkan serangan di Jurong, askar Melayu yang masih bersemangat. Mereka tiada pilihan lain kerana Tanah Melayu merupakan tanah air mereka.
ii. ketika tentera Jepun melancarkan serangan di Jurong, askar Melayu yang masih bersemangat. Mereka tiada pilihan lain kerana Tanah Melayu merupakan tanah air mereka.
iii. askar-askar yang bertugas
mengawal kubu Pasir Panjang sentiasa berjaga-jaga walaupun sudah beberapa
hari tidak makan dan minum. Tentera Jepun mahu Leftenan Adnan menyerah tetapi
Leftenan Adnan berkeras ingin mempertahankan kubu Pasir Panjang. Oleh itu,
tentera Jepun telah membedil kubu itu melalui udara. Askar Melayu dan
Leftenan Adnan telah memberikan tentangan hebat kepada tentera Jepun sehingga
mereka gagal menembusi benteng pertahanan askar Melayu. Kekalahan ini
menyebabkan Jeneral Yamashita semakin marah dan malu.
CONTOH
SOALAN
Berdasarkan sebuah novel yang
anda pelajari, huraikan tema novel tersebut.
[8 markah]
JAWAPAN
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, tema novel ini ialah semangat kepahlawanan dan keberanian askar Melayu dalam mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh orang asing.
Tema ini dapat dibuktikan Leftenan Adnan, atau nama sebenarnya Adnan bin Saidi sanggup berjuang bermati-matian hingga titisan darah terakhir demi mempertahankan bumi tercinta daripada ditakluki oleh tentera Jepun.
Selain itu, ketika tentera Jepun melancarkan serangan di Jurong, pertahanan British semakin tidak kuat kerana banyak tenteranya keletihan dan ketakutan. Hal ini berbeza dengan askar Melayu yang masih , bersemangat. Mereka tiada pilihan lain kerana Tanah Melayu merupakan tanah air mereka.
Di samping itu, askar-askar yang bertugas mengawal kubu Pasir Panjang sentiasa berjaga-jaga walaupun sudah beberapa hari tidak makan dan minum. Pada waktu pagi, tentera Jepun telah datang ke kawasan pertahanan mereka. Tentera Jepun mahu Leftenan Adnan menyerah tetapi Leftenan Adnan berkeras ingin mempertahankan kubu Pasir Panjang. Oleh itu, tentera Jepun telah membedil kubu itu melalui udara. Askar Melayu dan Leftenan Adnan telah memberikan tentangan hebat kepada tentera Jepun sehingga mereka gagal menembusi benteng pertahanan askar Melayu. Kekalahan ini menyebabkan Jeneral Yamashita semakin marah dan malu.

B. PERSOALAN NOVEL
LEFTENAN ADNAN:
a.
Persoalan
tentang semangat kepahlawanan yang tinggi dalam diri anak muda.
Contohnya,
Leftenan Adnan dan adik-adiknya memiliki semangat kepahlawanan sejak kecil
lagi. Buktinya, mereka gemar bersilat dan bermain perang olok-olok. Aktiviti
tersebut telah melahirkan semangat juang, keberanian, dan sikap tidak mudah mengalah
pada diri mereka.
b.
Persoalan
tentang kepentingan ilmu agama dalam kehidupan.
Contohnya,
Pak Saidi dan Mak Milah sangat menitikberatkan penguasaan ilmu agama dalam
kehidupan keluarga mereka. Buktinya, mereka mengajar anak-anak mereka mengaji
al-Quran dan solat yang sempurna.
c.
Persoalan
tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalarn kehidupan.
Contohnya,
Pak Saidi menghantar anak-anaknya belajar di sekolah Inggeris supaya mereka
dapat mempelajari ilmu hisab, sejarah, dan bahasa Inggeris supaya memperoleh
ilmu dan mendapat pekerjaan yang baik serta membentuk anak bangsa yang berguna.
d.
Persoalan
tentang kasih sayang sesama ahli keluarga.
Contohnya,
Adnan dan ahli keluarganya
sayang-menyayangi. Buktinya, Mak Milah dan Pak Saidi amat bimbang akan
keselamatan semua anak mereka yang menceburi bidang ketenteraan ketika Jepun
menyerang Tanah Melayu. Adnan dan Sophia juga pasangan suami isteri yang
sayang-menyayangi.
e.
Persoalan
tentang amalan tolong-menolong dan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat
yang berlainan kaum dan agama.
Contohnya, oleh sebab pendapatan Pak Saidi tidak
rnenentu. Ah Chong membenarkan Pak Saidi membeli basikal di kedainya secara
ansuran.
f.
Persoalan
tentang keberanian anak muda menghadapi cabaran bagi mencapai cita-cita.
Contohnya,
Adnan dan Mamat sanggup melalui
perjalanan yang jauh bagi menghadiri temu duga menyertai pasukan tentera di
Port Dickson.
g.
Persoalan
sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan tanah air tercinta.
Contohnya,
Anggota Rejimen Askar Melayu sanggup
berkorban nyawa demi mempertahankan tanah air daripada jatuh ke tangan kuasa
asing.
h.
Persoalan
amanah dalam menggalas tanggungjawab.
Contohnya,
Apabila menerima tanggungjawab dan tugasan dariapda pihak atasan, Leftenan
Adnan bersungguh-sungguh melaksanakan amanah tersebut. Buktinya, beliau
menerima tugasan menjaga dua pangkalan tentera pada masa yang sama meskipun
tugas itu berat.
i. Persoalan tentang tugas menjaga keselamatan
negara yang merupakan tanggungjawab bersama.
Contohnya,
Penghulu Deraman dan penduduk kampung
sedia membantu Leftenan Adnan menentang tentera Jepun.
CONTOH SOALAN:
Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda kaji, bincangkan persoalan yang terdapat dalam
novel tersebut.
JAWAPAN:
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat banyak persoalan
yang terdapat dalam novel ini.
Antara persoalan yang terdapat di dalam novel ini ialah persoalan tentang kepentingan
ilmu agama dalam kehidupan manusia. Contohnya, Pak Saidi dan Mak Milah sangat
menitikberatkan penguasaan ilmu agama dalam kehidupan keluarga dan anak-anak mereka. Buktinya, mereka mengajar anak-anak
mereka mengaji al-Quran dan solat dengan sempurna.
Selain itu, persoalan lain yang terdapat di
dalam novel ini ialah tentang kasih sayang sesama ahli keluarga.Contohnya, Adnan dan ahli keluarganya saling menyayangi.
Buktinya, Mak Milah dan Pak Saidi amat bimbang akan keselamatan semua anak
mereka yang menceburi bidang ketenteraan ketika Jepun menyerang Tanah Melayu
kerana mereka sangat menyayangi mereka. Leftenan Adnan juga menghantar
isterinya Sophiadan anaknya pulang ke kempung Sungai Ramal kerana bimbang
keselamatan mereka sekiranya Jepun menyerang Singapura.
___________________________________________________________________
LATIHAN 1:
Sejauh manakah semangat kepahlawanan dan keberanian askar Melayu dalam mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh orang asing menjadi tema dalam novel yang telah anda kaji. Beri tiga bukti bagi menerangkan alasan ini. [8 markah]
LATIHAN 2:
Selain persoalan kasih-sayang sesama ahli keluarga, sesebuah novel juga mempunyai banyak lagi persoalan yang dapat diambil daripada cerita ini. Bincangkan tiga persoalan lain yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu. [8 markah]
SELAMAT BELAJAR
#stayathome
No comments:
Post a Comment