Tuesday, May 5, 2020

PELAJARAN 13 - PEMAHAMAN UMUM PEMBANGUNAN SUKAN


BAHASA MELAYU PELAJARAN 13
TINGKATAN 4 AL-GHAZALI/ 4 AL-FARABI
TAJUK : RUMUSAN – PERKEMBENGAN SUKAN NEGARA
TARIKH : 30 APRIL 2020
MASA : 2.00 – 4.00 PETANG

ARAHAN:
1. Baca petikan dengan teliti.
2. Jawab soalan kefahaman yang diberi..
3. Tulis jawapan di dalam test pad
4. hantar jawapan kepada guru secara online.
5. Simpan jawapan dalam Fail Bahasa Melayu masing-masing.


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan yang diberi dengan menggunakan ayat anda sendiri.

           Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan pelbagai persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air supaya mencapai taraf dunia.
Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak pihak. Paling ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi daripada memberi perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka sering menunding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai perancang pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu meningkatkan mutu sukan.
Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan negara tidak mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah yang boleh digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.
Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan mudah mengaku kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang keyakinan di samping kurang pendedahan dan pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk meningkatkan prestasi diri. Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet tidak berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat diperlukan, ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan sukar ditegur ini masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan sahaja memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang terlibat demi mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.

Jawab soalan yang diberi di bawah.

i. Beri maksud rangkai kata
a. menuding jari            b. meningkatkan prestasi                      [2 markah]

ii. Apakah punca yang menyebabkan mutu sukan negara tidak berkembang maju?
                                                                                                            [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah mutu sukan negara kita dapat dimajukan supaya standing dengan mutu sukan di negara yang lain? Berikan pendapat anda.
                                                                                                            [4 markah]

SELAMAT BELAJAR
#stayathome


No comments:

Post a Comment