BAHASA MELAYU PELAJARAN 12
TINGKATAN 4 AL-GHAZALI/ 4
AL-FARABI
TAJUK : RUMUSAN – PERKEMBENGAN SUKAN
NEGARA
TARIKH : 27 APRIL 2020
MASA : 8.00
– 10.00 PAGI
ARAHAN:
1. Baca
petikan dengan teliti.
2. Buat
rumusan seperti yang diminta.
3.
Tulis jawapan di dalam test pad
4.
hantar jawapan kepada guru secara online.
5.
Simpan jawapan dalam Fail Bahasa Melayu masing-masing.
Baca
petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan pelbagai persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air supaya mencapai taraf dunia.
Sebenarnya
kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak pihak. Paling
ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan
jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan
persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi daripada memberi
perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka sering menunding
jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila punca
kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan
atlet sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini
disebabkan, mereka sebagai perancang pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat
atau visi yang cukup tinggi untuk membantu meningkatkan mutu sukan.
Pengkritik
sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan negara tidak
mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan
yang lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu
bapa yang mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah
daripada mendekati sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi
gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah yang
boleh digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.
Bagaimanapun
adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau dilema
atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan mudah
mengaku kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin
kerana mereka kurang keyakinan di samping kurang pendedahan dan pengetahuan.
Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk menigkatkan
prestasi diri. Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang
sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet
tidak berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat
diperlukan, ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap
atlet yang manja dan sukar ditegur ini masalah kepada jurulatih untuk menggilap
atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan sahaja
memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang terlibat demi
mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.
Senaraikan:
Isi
tersurat:
1.____________________________________________________________________
2.
____________________________________________________________________
3.
____________________________________________________________________
4.
____________________________________________________________________
5.
____________________________________________________________________
6.
____________________________________________________________________
7.
____________________________________________________________________
Isi
tersirat:
1. ____________________________________________________________________
2.
____________________________________________________________________
3.
____________________________________________________________________
SELAMAT BELAJAR
#stayathome
No comments:
Post a Comment