BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
TAJUK : KEFAHAMAN KOMSAS
SUB-TAJUK : CERPEN MUNSYI
TINGKATAN : 4 AL-FARABI/ 4
AL-GHAZALI
TARIKH : 7 MEI 2020
MASA:
2.00 – 4.00 PETANG
ARAHAN:
1.
Baca petikan cerpen yang diberi.
2.
Tulis jawapan dalam test pad
3.
Hantar jawapan kepada guru.
4.
Simpan jawapan dalam Fail bahasa Melayu masing-masing.
Petikan Cerpen Munsyi
Soalan A:
Baca petikan cerpen di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Saya
teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam
dekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit.
Sejarah suram yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang
mengalir dalam dada setiap warganya sejak sekian lama. Dek benih penjajah yang
menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah, bernanahlah
segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara
warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya,
darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga
mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara
kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei
pada wajah hari.
Dipetik daripada
cerpen ‘Munsyi’ Oleh Husna Nazri Dalam
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan
Pustaka.
(i)
Apakah kesan sistem pecah dan perintah yang
dilaksanakan oleh penjajah di negara kita? [2 markah]
(ii)
Peristiwa
13 Mei betul-betul meninggalkan kesan mendalam kepada perpaduan rakyat Malaysia.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan
sejarah hitam tersebut berulang kembali ? [3 markah]
(iii)
Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam
petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak
terdapat dalam petikan. [4 markah]
SOALAN B.
Baca petikan cerpen
di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Setiap
kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota bonda memberikan
pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata
bonda ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut
dibawa arus hedonisme dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota.
Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang
membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai budaya warisan
turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman berzaman.
Bonda
tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu
mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai
generasi bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang
sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya
tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi
dalam menuju arus perdana.
"Mel,
agama dan bangsa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad
yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan
kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita
bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah."
i. Bersandarkan petikan cerpen di atas, nyatakan punca-punca bonda menghalang Mel untuk bermastautin di bandar. [2 marka]
ii. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan semangat jati diri remaja sekarang? [3 markah]
iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen ini yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
SELAMAT BELAJAR
#stayathome
S
No comments:
Post a Comment