BAHASA
MELAYU TINGKATAN 4
TARIKH :
30 MAC 2020
HARI : ISNIN
TINGKATAN :
4 AL-GHAZALI & 4 AL-FARABI
MASA PDPC :
1 JAM 30 MINIT
TAJUK :
RUMUSAN
PERKARA
YANG PERLU ANDA BUAT:
1.
Tonton
video teknik merumuskan rencana yang diberi.
2.
Baca
petikan yang diberi.
3.
Cari
pengenalan rumusan (berdasarkan soalan diberi)
4.
Cari
6 isi tersurat (kunci kata soalan yang pertama dan isi ada dalam petikan)
5.
Cari
2 isi tersirat (kunci kata soalan yang kedua dan anda perlu fikirkan sendiri)
6.
Cari
penutup rumusan (siapa + harus buat apa + tujuan/ kesan yang positif)
7.
Buat
rumusan lengkap dalam 4 perenggan menggunakan bahasa yang baik dan penanda Wacana
yang sesuai.
i.
Perenggan
pertama : pengenalan rumusan
ii.
Perenggan
kedua :
semua isi tersurat
iii.
Perenggan
ketiga :
semua isi tersirat
iv.
Perenggan
keempat : penutup rumusan
TINDAKAN SETERUSNYA:
1.
Tulis
jawapan lengkap dalam kertas jawapan/ test pad.
2.
Masukkan
dalam Fail Bahasa Melayu.
3. Ambil foto/ gambar jawapan dan serahkan kepada cikgu
melalui WHATAPP
4.
Serahkan
fail kepada guru apabila sekolah dibuka semula nanti.
TONTON VIDEO DI BAWAH….
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sumbangan
industri pelancongan kepada negara dan peranan masyarakat dalam
merancakkan industri ini. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Industri pelancongan telah memberikan
sumbangan yang ketara kepada ekonomi negara sejak pengenalan Program
Transformasi Negara pada tahun 2010. Sektor pelancongan negara menjadi
penyumbang keenam terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2014.
Pada tahun tersebut, industri pelancongan kita masih mampu menarik seramai
27.44 juta pelancong dengan pendapatan berjumlah RM72 bilion.
Sejak pengenalan Program Transformasi Negara
tersebut, industri pelancongan telah dapat memainkan peranan dalam membuka
peluang baharu bagi memperkenalkan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Oleh
itu, sewajarnya kita mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia atas kempen promosi yang agresif di luar negara. Hasil
daripada kempen promosi tersebut, negara tidak lagi dikenali sebagai 'negara
antara Singapura dan Thailand. Malahan, industri ini telah berjaya menampilkan
keunikan, keharmonian dan kepelbagaian budaya di negara kita. Selain itu,
Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2015 pada 27 September dengan tema '1 Bilion
Pelancong, 1 Bilion Peluang' telah berupaya memberikan semangat kepada hala
tuju Malaysia ke arah pencapaian Wawasan 2020. Sektor pelancongan secara
langsung memanfaatkan rakyat Malaysia pada tahun lepas dengan industri itu
mampu menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion dan mampu mewujudkan sejumlah
1.77 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Dalam merealisasikan potensi yang dimiliki
Malaysia daripada keindahan pulau-pulau di Borneo sehingga ke hutan tropika dan
syurga beli belah, kerajaan akan menjadikan industri pelancongan sebagai sumber
pendapatan baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Pengumuman
langkah-langkah proaktif ekonomi baru-baru ini telah menyaksikan peruntukan
tambahan RM80 juta untuk memperhebat aktiviti promosi pelancongan dalam pasaran
terpilih termasuk di negara-negara ASEAN, China dan India. Langkah ini
melibatkan program yang dapat membangunkan produk ikonik termasuklah memberi nafas
baharu kepada Muzium Negara, Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana yang
seterusnya, menjadikan tempat tersebut sebagai satu destinasi yang lebih
menarik dan mudah dikunjungi oleh pelawat.
Visi Program Transformasi Nasional adalah
untuk mewujudkan sebuah sistem yang mapan bagi membangunkan negara demi
kepentingan rakyat Malaysia. Program tersebut telah membolehkan aspirasi
kerajaan untuk tahun 2020 dicapai menerusi kaedah rasionalistik dan terdapat
keperluan untuk mempelbagaikan ekonomi negara. Oleh itu, industri pelancongan
memainkan peranan penting bagi memperkukuh kepelbagaian ekonomi Malaysia yang
telah memanfaatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
PANDUAN JAWAPAN:
Contoh penanda wacana
yang boleh digunakan.
Perenggan pertama
(pengenalan):
Rumusan membincangkan
________(kunci kata 1 yang diubah) dan ______ (kunci kata 2) di _____(lokasi).
Perenggan kedua (6 isi
tersurat):
Industri pelancongan
dapat memberi ______(S1)_______. Selain itu, pelancongan juga dapat _____(S2)_______.
Seterusnya, sektor ini dapat _____(S3)______ dan _____(S4)______. Industri
pelancongan juga mampu ______(S5)______ serta _____(S6)______.
Perenggan ketiga (2
isi tersirat):
Peranan masyarakat
untuk memajukan industry pelancongan adalah dengan ______(T1)_______. Mereka
juga boleh ______(T2)_________.
Perenggan keempat
(penutup)
Kesimpulannya,
_____(siapa)_______ harus/perlu ______(buat apa)________ agar/ supaya
______(kesan positif______.
*****SEMUA DI ATAS
DITULIS DALAM 4 PERENGGAN DAN SIAP!!!!
No comments:
Post a Comment