Thursday, April 2, 2020

PELAJARAN 3 - TATABAHASA/ PERIBAHASA


BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
TARIKH                     : 1 APRIL 2020
HARI                          : RABU
TINGKATAN              : 4 AL-GHAZALI & 4 AL-FARABI
MASA PDPC             : 1 JAM 30 MINIT
TAJUK                      : TATABAHASA - PERIBAHASA

PERKARA YANG PERLU ANDA BUAT:
1.    Tonton video mengenai peribahasa di bawah.
2.    Baca petikan yang diberi.
3.    Senaraikan peribahasa dalam petikan yang diberi dan beri maksudnya.
4.    Jawab soalan peribahasa yang diberi:
i.              Memberi maksud peribahasa.
ii.            Membina ayat daripada peribahasa.

TINDAKAN SETERUSNYA:
1.    Tulis jawapan lengkap dalam kertas jawapan/ test pad.
2.    Masukkan dalam Fail Bahasa Melayu.
3.    Ambil foto/ gambar jawapan dan serahkan kepada cikgu melalui WHATAPP    
4.    Serahkan fail kepada guru apabila sekolah dibuka semula nanti.

SILA TONTON VIDEO DI BAWAH….



Baca petikan di bawah dengan teliti.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan hidup aman damai di dalam sebuah negara yang semakin maju. Setiap kaum memiliki keistimewaannya yang tersendiri sehingga ramai pelancong asing berkunjung ke negara kita untuk melihat keunikan pelbagai budaya yang terdapat di sini. Masyarakat Malaysia yang hidup bagaikan aur dengan tebing menyebabkan pembangunan negara berjalan dengan lancar.

Perpaduan kaum yang utuh di negara kita sebenarnya telah disemai sejak generasi kita masih di bangku sekolah lagi. Amalan melentur buluh biarlah dari rebungnya telah berjalan sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 lagi. Di sinilah masyarakat mempelajari konsep yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dalam mendepani situasi kehidupan bermasyarakat seharian. Kita sedar, usaha ini perlu diteruskan agar tidak menghidupkan bibit-bibit kebencian antara pelbagai kaum. Sekiranya perkara ini dibiarkan maka kesannya akan menjadi parah. Tidak ada gunanya usaha kita nanti jika nasi sudah menjadi bubur.

Apalahnya ertinya kemerdekaan yang kita sambut pada setiap tahun jika rakyatnya bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Jika ada perselisihan pendapat dalam masyarakat, kita perlu berusaha untuk mengatasinya dengan segera supaya ia tidak menjadi bom jangka yang bakal meranapkan perpaduan kaum yang telah kita bina sejak sekian lama. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga akibat tindakan segolongan individu yang mementingkan diri sendiri demi memuaskan nafsu masing-masing. Oleh itu sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita wajib menjalankan tanggungjawab untuk memastikan kemakmuran dan keharmonian negara sentiasa terpelihara.


SOALAN 1:

Berdasarkan petikan di atas, senaraikan enam peribahasa dan beri maksud peribahasa tersebut.


PERIBAHASA
MAKSUD PERIBAHASA
1



2



3



4



5



6






SOALAN 2: ( *******Sila rujuk kamus atau cari di internet untuk bantuan)

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah:

1. Gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama:
____________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya:
____________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang:
____________________________________________________________________________________________________________________________________________

4. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga:
____________________________________________________________________________________________________________________________________________

5. Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak:
____________________________________________________________________________________________________________________________________________



SOALAN 3: ( sila rujuk kamus atau internet sebagai panduan)

Buat ayat daripada peribahasa yang diberi di bawah:

1. yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________

4. kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________

5. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________




SELAMAT BELAJAR!!!!!!

No comments:

Post a Comment