Thursday, April 2, 2020

PELAJARAN 4 - CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA


BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
TARIKH                     : 13 APRIL 2020
HARI                          : ISNIN
TINGKATAN              : 4 AL-GHAZALI & 4 AL-FARABI
MASA PDPC             : 1 JAM 30 MINIT
TAJUK                       : KOMSAS – CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA

PERKARA YANG PERLU ANDA BUAT:
1. Baca cerpen KADUK AYAM dan RAJA terlebih dahulu.
2. Tonton video yang diberi di bawah.
3. Baca dan fahami nota yang disediakan di bawah.
4. Print nota di bawah.
5. Simpan nota ini dalam Fail Bahasa Melayu.
6. Serahkan Fail BM kepada guru setelah sekolah dibuka semula nanti.

1.
SILA TONTON VIDEO DI BAWAH….





CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA


A. SINOPSIS CERPEN:


Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja.  Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya.  Hal ini  menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif kepada penternak.  Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan  hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.


            Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam.  Sahabat karibnya Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil  jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA.  Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku. Hakim mula menyedari bahawa dirinya  telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuk yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa.



B. TEMA:


Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh, Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.



C. PERSOALAN:


i. Persoalan keberanian menuntut hak. Contoh: Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.


ii. Persoalan cabaran dalam bidang keusahawanan. Contoh: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya. Dia juga terpaksa meminjam bank untuk mendapatkan modal penternakannya serta cabaran lain yang.

iii. Persoalan ketaatan terhadap pemerintah. Contoh: Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.


iv. Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah. Contoh: Syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.


v. Kegigihan seorang anak muda dalam bidang pertanianContohnya, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar dengan membuat pinjaman bank untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik.


D. PERWATAKAN CERPEN:


(a) Watak utama – Hakim. 
(b) Watak sampingan – Azam, Kaduk, dan sebagainya.


Hakim

(a) Bapanya bernama Hassan dan datuknya bernama Kaduk.

(b) Berpendidikan tinggi.

(c) Gigih berusaha bagi mencapai cita-cita.

(d) Bijak membuat tindakan secara rasional.

(e) Bercita-cita tinggi, iaitu berazam menjadi usahawan yang berjaya dengan cara menyahut seruan kerajaan melalui projek penternakan ayam secara moden yang telah diusahakannya.

(f) Berani dan berpendirian tegas untuk mendapatkan tanah pusaka datuknya yang dirampas oleh raja pada suatu ketika dahulu dengan memfailkan kesnya di mahkamah.

(g) Berpandangan jauh dengan menceburi bidang penternakan ayam bagi memastikan pengeluaran makanan negara berterusan dan tidak bergantung pada makanan import semata-mata.

(h) Tabah untuk meneruskan projek ternakan ayam meskipun dia berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran.

(i) Reda menerima kesan buruk akibat kesilapan dirinya.

(j) Pandai berdikari semasa mengusahakan penternakan ayam secara moden.


Azam

(a) Sahabat baik Hakim.

(b) Berpendidikan tinggi, iaitu lulusan sebuah universiti dalam jurusan undang-undang. (c) Bertugas sebagai peguam di syarikat guaman.

(d) Bijak dan petah berhujah.

(e) Prihatin terhadap sahabatnya.

(f) Baik hati serta banyak memberikan kata-kata semangat, dorongan, dan nasihat kepada Hakim untuk berjaya sebagai seorang petani moden.

(g) Bersimpati terhadap masalah hutang yang menghimpit Hakim.

(h) Mempunyai sifat setia kawan yang tinggi.


Pak Kaduk

(a) Pak Kaduk ialah datuk Hakim.

(b) Dianggap bodoh dan bersikap lurus bendul.

(c) Taat akan perintah raja.

(d) Miskin dan hidup merempat.

(e) Patuh akan nasihat dan pandangan orang lain.



E. LATAR:


Latar Tempat

(a) Kampung.  Peristiwa yang berlaku ialah Hakim mengusahakan penternakan ayam di tanah milik datuknya dan mendapat reaksi kurang senang kerana lorinya merosakkan jalan di kampung itu.
(b) Rumah HakimPeristiwa yang berlaku ialah Azam simpati dengan masalah Hakin dan bersetuju membantu Hakim sebagai peguam untuk mendapatkan semula hak tanah datuknya di mahkamah.
(c) Bangsal rehat. Peristiwa yang berlaku ialah Azam simpati dengan masalah Hakin dan memberikan kata-kata semangat, dorongan, dan nasihat kepada Hakim untuk berjaya sebagai seorang petani moden.
(e) Universiti. Peristiwa yang berlaku ialah Hakim dan Azam sama-sama belajar di situ dan bersahabat baik.
(f) MahkamahPeristiwa yang berlaku ialah Azam membantu Hakim sebagai peguam untuk mendapatkan semula hak tanah datuknya dan akhirnya Hakim Berjaya mendapatkan hak tanah keluarganya semula.
(g) Bank. Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit sebagai modal untuk membuka penternakan ayamnya.

Latar Masa

(a) Zaman moden. Peristiwa yang berlaku ialah Hakim berusaha mendapatkan semula tanah datuknya dan mengusahakan tanah itu dengan ternakan ayam.
(b) Zaman dahuluPeristiwa yang berlaku ialah Kaduk kehilangan tanah kerana kalah bersabung ayam dengan raja tetapi raja memenangi pertandingan sabung ayam itu dengan cara tipu helah.
(d) Dalam tempoh setahunPeristiwa yang berlaku ialah Hakim mengusahakan penternakan ayam bersama denga syarikat Raja dan menghadapi pelbagai masalah kewangan dan tipu daya oleh syarikat Raja.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat yang menjadi mangsa penindasan golongan yang berkuasaContohnya Pak Kaduk yang hidup miskin kehilangan tanahnya dalam pertandingan sabung ayam yang telah dimenangi oleh raja secara tipu helah.
(b) Masyarakat generasi kini yang berani mempertahankan hak mereka. Contohnya Hakim berusaha keras untuk menuntut semula hak tanah datuknya dengan cara membawa perkara itu ke mahkamah.
(c) Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaanContohnya, Hakim membuat pinjaman bank untuk membina reban ayam yang moden seperti berhawa dingin dan berusaha memajukan penternakannya dengan usahasama syarikat besar.
(d) Masyarakat generasi muda yang berpendidikan tinggi. Contohnya, Azam berkelulusan university dan menjadi seorang peguam yang berjaya.
(e) Masyarakat yang ingin membersihkan nama dan maruah keluargaContohnya, Hakim berusaha mendaapatkan hak tanah datuknya serta ingin mengubah nasib keluarga mereka yang miskin supaya berubah dengan cara mengusahakan penternakan ayam secara moden.
(f) Masyarakat yang tamak terhadap golongan yang lemah. Contohnya, raja menggunakan tipu helah dalam pertandingan sabung ayam kerana ingin mendapatkan tanah yang dimiliki oleh Kaduk walaupun raja adalah golongan yang kaya-raya.
(g) Masyarakat yang dihimpit masalah kewangan. Contohnya, Hakim terpaksa meminjam daripada bank sebanyak 250 ribu kerana kekurangan wang untuk memulakan penternakan ayamnya. Dia juga menghadapi masalah kewangan setelah syarikat Raja tidak mengeluarkan wang untuk penternakan ini walaupun penternakan itu dijalankan secara usaha sama.


F) NILAI CERPEN:


(a) Kebijaksanaan. Contohnya, sebagai peguam, Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang guaman untuk membantu Hakim mendapatkan hak milik tanah datuknya yang telah dirampas oleh raja kembali.


(b) Berdikari. Contohnya, Hakim mengusahakan penternakan ayam secara moden dengan membuat pinjaman bank tanpa memohon bantuan daripada pihak kerajaan.


(c) Ketaatan. Contohnya, Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayamnya, Si Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.


(d) Keadilan. Contohnya, Tuan Hakim di mahkamah telah mengadili kes perbicaraan tuntutan tanah milik Kaduk oleh cucunya, Hakim secara telus dan akhirnya Hakim berjaya mendapatkan kembali hak milik tanah datuknya itu.


(e) Kesyukuran. Contohnya, Hakim bersyukur kerana dapat menebus tanah dan maruah datuknya semula yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.


(f) Kegigihan. Contohnya, Hakim gigih berusaha dengan beberapa kali berulang-alik ke bank untuk mendapatkan pinjaman bank bagi menjayakan projek ternakan ayamnya.



G. PENGAJARAN CERPEN:


(a) Kita hendaklah menolong orang yang memerlukan bantuan kitaContohnya, Azam membantu Hakim sebagai peguam untuk mendapatkan semula hak tanah datuknya di mahkamah.
  
(b) Kita hendaklah mengamalkan sikap berdikari tanpa terlalu bergantung kepada bantuan orang lainContohnya, Hakim berusaha sendiri untuk memulakan penternakan ayam bagi mengubah kehidupan keluarganya tanpa meminta simpati daripada orang lain.

(c) Kita mestilah menyokong dan menyahut dasar-dasar kerajaan demi kemajuan bangsa dan negaraContohnya, Hakim menceburi bidang ternakan ayam kerana menyahut dasar kerajaan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

(d) Kita hendaklah bersikap adil semasa membuat pertimbangan. Contohnya, Tuan Hakim di mahkamah telah mengadili kes perbicaraan tuntutan tanah milik Kaduk oleh cucunya, Hakim secara telus dan akhirnya Hakim berjaya mendapatkan kembali hak milik tanah datuknya itu.


(e) Kita perlulah bersikap rasional dengan menggunakan saluran yang betul bagi menuntut hak-hak kita kembaliContohnya, Hakim berusaha mendapatkan semula hak tanah datuknya dengan membawa perkara ini ke mahkamah dengan bantuan Azam.

(f) Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaanContohnya, Hakim gigih berusaha dengan beberapa kali berulang-alik ke bank untuk mendapatkan pinjaman bank bagi menjayakan projek ternakan ayamnya.


(g) Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga dan membersihkan nama serta maruah keturunan kitaContohnya, Hakim berusaha mendaapatkan hak tanah datuknya serta ingin mengubah nasib keluarga mereka yang miskin supaya berubah dengan cara mengusahakan penternakan ayam secara moden.

(h) Kita mestilah bersabar dan tabah menghadapi cabaran hidupContohnya, Hakim tabah untuk meneruskan projek ternakan ayam meskipun dia berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran.




SELAMAT BELAJAR!!!!!!


No comments:

Post a Comment