Sunday, April 12, 2020

PELAJARAN 7 - TATABAHASA KATA SENDI

BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
KELAS : 4 AL-GHAZALI/ 4 AL-FARABI
HARI : ISNIN
TARIKH : 13 APRIL 2020
MASA 2 JAM

APA PERLU ANDA LAKUKAN?
1. TONTON VIDEO YANG DIBERI DI BAWAH.
2. BACA DAN FAHAMI NOTA KATA SENDI YANG DIBERI.
3. JIKA TIDAK FAHAM SILA HUBUNGI CIKGU MELALUI WHATSAPPS ATAU TELEGRAM.
4. JAWAB SOALAN LATIHAN A DAN LATIHAN B DALAM TEST PAD.
5. AMBIL GAMBAR DAN "SENT" KEPADA CIKGU SEBELUM 14 APRIL 2020.
6. SIMPAN JAWAPAN ASAL DI DALAM FAIL BAHASA MELAYU.

TONTON VIDEO DI BAWAH



________________________________________________________________________

KATA SENDI

1. MAKSUD:
Perkataan yang digunakan untuk menyambungkan sesuatu perkataan dengan kata nama.

2. CONTOH SENDI:
Kata sendi
Fungsi atau kegunaan
ke
tempat / arah / masa
di
tempat / arah
dari
tempat / arah / masa
daripada
manusia / asal kejadian / sumber / ahli
pada
tempat / masa / benda / perkara
kepada
manusia / binatang / naik atau turun / pembahagian
demi
tujuan
untuk
tujuan / kepada / bahagian
bagi
tujuan

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA:

i. ‘di’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda atau arah’.
(‘di’ yang dirapatkan bermaksud imbuhan ‘di….’ dan bukan kata sendi)

Salah:
-Dia tinggal 
dibelakang rumah saya. (arah)
-Pos itu terletak 
diantara tol dengan pejabat. (tempat)
-Anda sentiasa 
dihati saya. (benda)

Betul:
-Dia tinggal 
di belakang rumah saya.
-Pos itu terletak 
di antara tol dengan pejabat.
-Anda sentiasa di hati saya.

ii. ‘ke’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda, arah atau masa’.
(‘ke’ yang dirapatkan bermaksud ‘imbuhan ‘ke….’ dan bukan kata sendi)

Salah:
-Dia pergi 
kebandar itu semalam. (tempat)
-Kami berlari 
kepokok itu. (benda)
-Dia merantau 
ketimur Semenanjung. (arah)
-Ahmad belajar dari pagi 
kemalam hari. (masa)

Betul:
-Dia pergi 
ke bandar itu semalam.
-Kami berlari 
ke pokok itu.
-Dia merantau 
ke timur Semenanjung.
-Ahmad belajar dari pagi 
ke malam hari.

iii. ‘di’ tidak boleh diikuti dengan ‘masa/ waktu/ zaman/ tahun’. (gunakan ‘pada’)

Salah:
-Dia sampai ke Melaka 
di waktu malam.
-
Di zaman dahulu ada raja yang zalim.

Betul:
-Dia sampai ke Melaka 
pada waktu malam.
-
Pada zaman dahulu ada raja yang zalim.

iv. ‘ke’ untuk perkara belum berlaku. ‘di’ untuk perkara sudah berlaku.

Salah:
-Saya akan sampai 
di sana sebentar lagi. (belum berlaku)
-Dia telah sampai 
ke sana pada petang tadi. (sudah berlaku)

Betul:
-Saya akan sampai 
ke sana sebentar lagi.
-Dia telah sampai 
di sana pada petang tadi.

v. ‘dari’ hanya untuk ‘masa, arah dan tempat’. (selain itu gunakan ‘daripada’)

Salah:
-Saya sampai di sini sejak 
daripada petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang 
daripada selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal 
daripada Melaka. (tempat)
-Kucing itu berlari 
daripada pokok kelapa itu. (benda)

Betul:
-Saya sampai di sini sejak 
dari petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang 
dari selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal 
dari Melaka. (tempat)
-Kucing itu berlari
 dari pokok kelapa itu. (benda)

vi. ‘daripada’ hanya untuk ‘manusia, asal kejadian, sumber dan ahli’.

Salah:
-Hadiah itu 
dari ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat 
dari getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil 
dari buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah 
dari Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)

Betul:
-Hadiah itu 
daripada ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat 
daripada getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil 
daripada buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah 
daripada Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)

vii. ‘pada’ untuk ‘masa, benda, tampat, dan perkara.

Salah:
-Saya berlatih badminton 
di pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya 
di pokok besar itu. (benda)
-
Di mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)

Betul:
-Saya berlatih badminton 
pada pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya 
pada pokok besar itu. (benda)
-
Pada/ Dalam mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)

viii. Jika ayat mempunyai perkataan ‘ada’ hanya ‘pada’ boleh digunakan walaupun untuk manusia.

Salah:
-Buku itu 
ada kepada Cikgu Saleha.

Betul:
-Buku itu 
ada pada Cikgu Saleha.

ix. ‘kepada’ digunakan untuk ‘manusia, binatang, naik/ turun dan pembahagian’.

Salah:
-Beri surat ini 
pada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu 
pada anak kucingnya. (binatang)
-Harga minyak telah meningkat
pada USD50 setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu 
pada tiga kumpulan. (pembahagian)

Betul:
-Beri surat ini 
kepada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu 
kepada anak kucingnya. (binatang)
-Harga minyak telah meningkat
kepada USD50 setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu 
kepada tiga kumpulan. (pembahagian)

x. ‘demi’ dan ‘untuk’ tidak boleh digabungkan. (gunakan salah satu sahaja)

Salah:
-Saya pergi ke sekolah 
demi untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Betul:
-Saya pergi ke sekolah 
demi menuntut ilmu pengetahuan.
-Saya pergi ke sekolah 
untuk menuntut ilmu pengetahuan.

xi. Pengulangan ‘dari’ untuk masa perlu sama pada bahagian awal dan akhir.

Salah:
-
Dari masa ke semasa dia sedar juga.
-
Dari sehari ke hari dia membesar.
-
daripada masa ke semasa dia terus tekun berusaha.

Betul:
-
Dari semasa ke semasa dia sedar juga.
-
Dari sehari ke sehari dia membesar.
-
dari semasa ke semasa dia terus tekun berusaha.
-
dari masa ke masa dia terus tekun berusaha.
-
dari hari ke hari dia membesar.

xi. ‘di antara' mesti diikuti perkataan ‘dengan’.

Salah:
-Sungai itu terletak 
di antara Melaka dan Johor.
-Bandingkanlah 
di antara anda dan saya.
-
Di antara makan dan minum, dia lebih suka minum.

Betul:
-Sungai itu terletak 
di antara Melaka dengan Johor.
-Bandingkanlah 
di antara anda dengan saya.
-
Di antara makan dengan minum, dia lebih suka minum.


JAWAB LATIHAN A DAN LATIHAN B DI BAWAH DAN SENT KEPADA CIKGU)

LATIHAN A
Baca ayat yang diberi di bawah dan betulkan semula kesalahan sendi nama dalam ayat tersebut. (Soalan tidak perlu disalin semula. Salin ayat jawapan yang telah anda betulkan sahaja)

1.    Meja bulat di tepi dewan ini diperbuat dari kayu jelutong yang diimport daripada luar negara.

2.    Bangunan MISC yang lebih tinggi dari bangunan KWSP itu telah dijual pada Datuk Rahim di tahun i990-an lagi.

3.    Dari masa ke semasa pasukan bola sepak  itu menjalani latihan bermula daripada pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam.

4.    Harga saham Petronas naik dengan mendadak dari RM12 pada RM20 seunit walaupun di waktu ini dunia sedang mengalami kemelesetan ekonomi.

5.    Dia menyerahkan keputusan peperiksaannya yang cemerlang itu pada ibu dan bapanya demi untuk menggembirakan hati mereka berdua.

LATIHAN B
Isi tempat kosong dalam ayat yang diberi di bawah dengan kata sendi yang sesuai. (Tulis semula ayat jawapan anda)

1.    Markah Kemahiran Hidup kami masih _____________ Puan Hamimah dan akan diserahkan _________ kami _________minggu hadapan.

2.    Kuala Lumpur yang terletak _________ Shah Alam _________ Nilai merupakan ibu negara Malaysia yang dibuka oleh Yap Ah Loy _________ masa sebelum kemerdekaan.

3.    Surat permohonan ________ pelajar itu telah diserahkan ________ guru biasiswa dan keputusannya hanya akan diketahui ________ minggu hadapan.

4.    Ayah telah sampai _________ pasar tani ________ menaiki sebuah motorsikal.

5.    Penelitian akan dibuat _________ masa ke _________ bagi memastikan projek itu berjalan lancar dan dapat disiapkan ___________ akhir tahun ini.





No comments:

Post a Comment