BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
KELAS 4 AL-GHAZALI/ 4 AL-FARABI
TARIKH: 13 APRIL 2020
HARI : ISNIN
MASA: 1 JAM 30 MINIT.
_______________________________________________________________________
SILA BUAT PERKARA BERIKUT:
1. LIHAT VIDEO YANG DIBERI.
2. BACA DAN FAHAMI KARANGAN DI BAWAH.
3. SALIN SEMULA KARANGAN DI DALAM KERTAS A4.
4. AMBIL GAMBAR KARANGAN YANG DISALIN.
5. HANTAR GAMBAR KEPADA GURU.
6. HASIL KARANGAN DISIMPAN DALAM FAIL BAHASA MELAYU.
SILA TONTON VIDEO BERIKUT:
VIDEO 1:
VIDEO 2:
Satu daripada cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit adalah dengan memastikan penjagaan kesihatan yang teratur dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penjagaan kesihatan merupakan satu amalan yang berterusan. Sebagai contohnya, setiap anggota masyarakat hendaklah menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Kebersihan diri ialah asas yang akan mengelakkan tubuh dihinggapi penyakit. Orang ramai mestilah sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau mandi dengan bersih setelah keluar dari rumah. Penjagaan kesihatan juga melibatkan aktiviti senaman dan riadah yang sistematik. Masyarakat Malaysia hari ini terdedah pada pelbagai risiko penyakit jika tidakan yang teratur merupakan satu cara yang berkesan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Contohnya penyakit Covid-19 yang bermula dari Wuhan, China telah menjangkiti penduduk negara ini. Oleh hal yang demikian penjagaan kesihatan adalah amat penting untuk mencegah penularan penyakit berbahaya ini.
KELAS 4 AL-GHAZALI/ 4 AL-FARABI
TARIKH: 13 APRIL 2020
HARI : ISNIN
MASA: 1 JAM 30 MINIT.
_______________________________________________________________________
SILA BUAT PERKARA BERIKUT:
1. LIHAT VIDEO YANG DIBERI.
2. BACA DAN FAHAMI KARANGAN DI BAWAH.
3. SALIN SEMULA KARANGAN DI DALAM KERTAS A4.
4. AMBIL GAMBAR KARANGAN YANG DISALIN.
5. HANTAR GAMBAR KEPADA GURU.
6. HASIL KARANGAN DISIMPAN DALAM FAIL BAHASA MELAYU.
SILA TONTON VIDEO BERIKUT:
VIDEO 1:
VIDEO 2:
Soalan:
Sebagai pegawai kesihatan anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah tentang cara-cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.
Analisis soalan:
Isu - Penularan Penyakit Berbahaya
Tugasan - menulis teks ceramah tentang cara-cara mengawalan penularan penyakit berjangkit
Format - ceramah
Sebagai pegawai kesihatan anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah tentang cara-cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.
Analisis soalan:
Isu - Penularan Penyakit Berbahaya
Tugasan - menulis teks ceramah tentang cara-cara mengawalan penularan penyakit berjangkit
Format - ceramah
Isi
karangan (cara mengawal penyakit berjangkit)
1. menjaga kebersihan diri sepanjang masa
2. mengetatkan syarat kemasukan pelancong dari luar
negara
3. melupuskan haiwan yang telah dijangkiti penyakit
4. mengadakan Program Kawalan Pegerakan (PKP)
5.
Mendapatkan rawatan awal daripada doctor di hospital (isi tambahan)
Karangan
contoh:-
Yang Berusaha
Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai, Yang dihormati barisan
Guru Penolong Kanan, guru-guru, dan pelajar-pelajar sekalian. Kita bersyukur ke
hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis
pada pagi ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana pihak sekolah sudi
menjemput saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Cara-cara untuk
Mengawal Penularan Penyakit Berjangkit”.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Penularan penyakit berjangkit
merupakan satu isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak akhir-akhir
ini. Penularan penyakit berjangkit ini umpama duri
dalam daging dan telah menyebabkan masyarakat dunia amnya dan
masyarakat Malaysia khususnya berada dalam kebimbangan yang berterusan. Antara
penyakit berbahaya yang pernah melanda negara kita dan negara-negara luar ialah
wabak Corona atau Covid-19, wabak
selsema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk SARS). Pelbagai
usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk mengawal penularan penyakit
berjangkit terutama yang dapat menyebabkan kematian. Namun demikian, penularan
penyakit masih lagi berlaku dari semasa ke semasa. Oleh itu, pelbagai cara
perlu dilakukan oleh masyarakat untuk memastikan gejala penularan penyakit dapat
dibendung.
Satu daripada cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit adalah dengan memastikan penjagaan kesihatan yang teratur dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penjagaan kesihatan merupakan satu amalan yang berterusan. Sebagai contohnya, setiap anggota masyarakat hendaklah menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Kebersihan diri ialah asas yang akan mengelakkan tubuh dihinggapi penyakit. Orang ramai mestilah sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau mandi dengan bersih setelah keluar dari rumah. Penjagaan kesihatan juga melibatkan aktiviti senaman dan riadah yang sistematik. Masyarakat Malaysia hari ini terdedah pada pelbagai risiko penyakit jika tidakan yang teratur merupakan satu cara yang berkesan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Contohnya penyakit Covid-19 yang bermula dari Wuhan, China telah menjangkiti penduduk negara ini. Oleh hal yang demikian penjagaan kesihatan adalah amat penting untuk mencegah penularan penyakit berbahaya ini.
Hadirin sekalian,
Selain itu, pihak
berkuasa mestilah mengetatkan syarat kemasukan pelancong dari luar negara. Pihak
Jabatan Imigresen Malaysia dan juga Jabatan Kastam perlu menguatkuasakan
kawalan yang ketat terhadap orang ramai yang masuk ke negara ini. Jabatan
kastam umpamanya, mestilah memastikan haiwan-haiwan yang dibawa masuk ke negara
ini bebas daripada jangkitan sebarang penyakit berbahaya. Tidak kira sama ada
haiwan tersebut diimport untuk dijadikan makanan atau haiwan peliharaan. Jika
haiwan tersebut dijangkiti, pihak jabatan kastam hendaklah menyita dan
memastikan haiwan tersebut tidak dibawa masuk ke negara kita. Dalam hal ini
tumpuan khusus hendaklah diberikan pada pelancong dan haiwan dari negara-negara
yang diketahui telah dijangkiti penyakit berjangkit berkenaan. Misalnya suatu
ketika dahulu negara China telah diserang penyakit selesema burung yang serius.
Oleh itu pelancong dan barangan import yang berasaskan haiwan hendaklah
diperiksa dengan lebih terperinci.. Sebagai contohnya, para pelancong yang
memasuki negara kita atau rakyat yang baru pulang dari luar negara mestilah
diperiksa dan dikuarantin selama 14 hari jika menunjukkan gejala penyakit
seperti menghidapi penyakit Covid-19. Jadi, pihak berkuasa hendaklah mengetatkan
syarat kemasukan pelancongan dan barangan dari luar negara untuk mengelakkan
penularan penyakit berjangkit, jangan sampai sudah terhantuk baru tengadah.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Langkah untuk
mengawal penularan penyakit berjangkit yang berikutnya ialah pihak
kerajaan hendaklah melupuskan haiwan yang telah dijangkiti penyakit berjangkit
dengan kadar segera. Tindakan tegas ini mestilah dilaksanakan tanpa mengira
bantahan dan kritikan masyarakat. Kerajaan harus menjalankan tindakan ini
kerana penyakit berjangkit biasanya merebak dengan pantas apabila pembawanya
tidak dihapuskan,. Misalnya dalam kes penularan penyakit selesema burung,
setiap unggas sama ada yang dipelihara atau yang hidup liar perlu dilupuskan.
Walaupun tindakan ini agak kejam sifatnya, kita tidak boleh pilih bulu atau berkompromi apabila kesihatan masyarakat awam terancam seperti
kata peribahasa biar titik jangan
tumpah. Kerugian akibat kematian
haiwan peliharaan adalah lebih baik berbanding kehilangan nyawa manusia akibat
diserang penyakit berjangkit. Tindakan tersebut juga hendaklah dilaksanakan
dengan kadar segera. Pihak berwajib tidak harus menanti keputusan majoriti
kerana penularan penyakit tidak akan berhenti jika tidak dibendung. Tindakan
yang lambat akan mendatangkan kesan buruk apabila penyakit berkenaan tidak lagi
dapat dikawal dengan menyeluruh. Oleh itu, pelupusan haiwan pembawa penyakit
hendaklah disegerakan untuk memastikan penularannya dapat dikawal.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Langkah
terakhir yang dapat dilaksanakan dengan berkesan adalah dengan mengadakan
Program Kawalan Pegerakan (PKP). Orang ramai tidak dibenarkan untuk keluar dari
rumah tanpa tujuan yang tidak penting. Mereka juga dikehendaki mengehadkan
jarak dalam lingkungan satu meter apabila berada di tempat terbuka atau ketika
berbelanja dan menjalankan urusan penting di luar rumah. Tindakan ini adalah
bertujuan untuk mengawal penularan penyakit berbahaya seperti Covid-19 yang
merupakan penyakit membunuh dan masih tidak ditemukan ubat untuk mengatasinya.
Orang ramai juga dilarang berada di luar rumah atau melakukan perjalanan ke
luar daerah serta ke luar daripada kawasan tempat tinggal masing-masing. Mereka
juga dilarang mengadakan aktiviti berkumpulan termasuklah solat berjemaah
sehingga penyakit berjangkit ini dapat diatasi. Sekatan jalan raya yang
dilaksanakan oleh pihak polis dan tentera dapat membantu melaksanakan program
ini dengan lebih berkesan terutamanya di kawasan tumpuan utama penyakit
tersebut merebak. Oleh itu, bagi mengatasi penyakit berjangkit seperti
Covid-19, orang ramai perlu mematuhi arahan kerajaan dan pihak berkuasa agar jaringan
penyakit ini dapat diputuskan.
Hadirin yang dihormati,
Kesimpulannya, terdapat
pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan penyakit berjangkit dapat
dibendung penularannya. Dalam hal ini, semua anggota masyarakat perlulah
bekerjasama ibarat aur dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani
dengan berkesan. Kita tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan
kesan buruk kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Kerjasama semua pihak sudah pasti akan dapat melahirkan
masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang
berbahaya. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan untuk
menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang
kesilapan yang tidak disengajakan.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment