Thursday, April 2, 2020

PELAJARAN 5 - KEFAHAMAN KADUK AYAM RAJA


BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
TARIKH                     : 2 APRIL 2020
HARI                          : SELASA
TINGKATAN                        : 4 AL-GHAZALI & 4 AL-FARABI
MASA PDPC             : 1 JAM 30 MINIT
TAJUK                      : KEFAHAMAN KOMSAS – KADUK, AYAM DAN RAJA

PERKARA YANG PERLU ANDA BUAT:
1.    Tonton video di bawah.
2.    Baca petikan yang diberi. (daripada petikan cerpen Kaduk, ayam dan raja)
3.    Jawab soalan kefahaman yang diberi:

TINDAKAN SETERUSNYA:
1.    Tulis jawapan lengkap dalam kertas jawapan/ test pad.
2.    Masukkan dalam Fail Bahasa Melayu.
3.    Ambil foto/ gambar jawapan dan serahkan kepada cikgu melalui WHATAPP    
4.    Serahkan fail kepada guru apabila sekolah dibuka semula nanti.

SILA TONTON VIDEO DI BAWAH….



LATIHAN 1:

Baca petikan di bawah dengan teliti. Jawab soalan yang diberi dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim terus mengeluh, “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan bank. Hutang mesti dibayar, kalau tidak tanah aku akan dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah. Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu.” Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya.
“Banyak persamaan antara aku dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Walaupun namaku tidak lagi berunsur kolot dan kuno seperti datukku, tetapi itu tidak bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk bin Kaduk.”
“Pada zaman ini tiada lagi raja yang menyabung ayam tetapi raja baharu telah muncul. Raja itu tetap menguasai seluruh hidup kita. Kita tidak dapat berbuat apa-apa selain mengikut telunjuk mereka. Mereka ialah golongan yang memegang kuasa ekonomi negara. Kita tetap kaduk dan mereka tetap raja,” luah Hakim lagi.


(i) Berdasarkan petikan, nyatakan persamaan antara Hakim dengan datuknya, Kaduk. 
                                                                                                                               [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggungnya?                                          [3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]


LATIHAN 2:

Baca petikan di bawah dengan teliti. Jawab soalan yang diberi dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Aku bergurau saja. Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apalagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan berbincang dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.”
Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatanya RAJA.
Hakim membuat keputusan memasuki bidang penternakan bersandarkan beberapa faktor. Dia selalu sangat mendengar para menteri dan pakar ekonomi berkata, “Pada masa sekarang ini kerajaan sangat mementingkan aktiviti pengeluaran makanan. Negara mesti mengeluarkan lebih banyak makanan.”
Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagian besar bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang diimport, sedangkan kita ada ratusan ribu ekar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif. Mengapakah kita bergantung pada beras, ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran import?


i.  Apakah yang dilakukan oleh Hakim sebelum memulakan projek penternakan ayam?
                                                                                                                            [2 markah]

ii.  Pada pendapat anda, apakah kebaikan menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar dalam melaksanakan projek penternakan seperti Hakim?                                 [3 markah]

iii.  Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.                            [4 markah]



SELAMAT BELAJAR!!!!!!


No comments:

Post a Comment